Monday, August 3, 2009

GUBAL bukan BUBAR?

Di mana letaknya akal rakyat Malaysia skrg,dah diberi otak tapi masih tak boleh berfikir. Adakah dengan mogok dan demonstrasi jalanan dapat mengubah keadaan. Kita dah diajar menggunakan saluran yang betul,tapi masih lagi ada yang berfikiran tak waras. Adakah perkara sebegini hanya ikutan masyarakat yang terlalu taksub dengan arus politik semasa. ISA...adakah ia satu benda yang membebankan atau menyusahkan. Bagi mereka-mereka yang mendengar cakap orang,mungkin mereka akan mengatakan ISA satu benda yang membebankan,tapi hakikatnya ISA satu keperluan. Takan kita nak perkara yang dilakukan oleh HINDRAF berulang lagi. Harta benda awam banyak yang rosak serta peniaga banyak yang rugi. Di mana kita nak letakkan orang yang tak berotak ni? Kalau ditanya maksud ISA pun dia orang tak tau,tapi ada hati nak buat demonstrasi....So,ISA perlu atau tidak,jawapan nya sudah tentu ramai yang jawab PERLUUUU...
cuma apa yang perlu disemak semula atau digubal mengenai beberapa perkara...lepas ni kalau ada yang bertanya perlu atau tidak ISA ni...LU PIKIR LA SENDIRI...

No comments:

Post a Comment